awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Tokyo 2020: Keputusan terima penonton diputus pada Jun

Astro Awani
Astro Awani
28/04/2021
23:07 MYT
Olimpik Tokyo 2020: Keputusan terima penonton diputus pada Jun
Seiko Hashimoto (kanan) dan CEO Tokyo 2020 Toshiro Muto hadir pada sidang media selepas mesyuarat Olimpik dan Paralimpik di Tokyo, 28 April, 2021. (Foto AP)
PRESIDEN Olimpik Tokyo 2020 berkata keputusan untuk menerima penonton domestik akan diputuskan pada bulan Jun.
Bagaimanapun, Seiko Hashimoto memberi bayangan sukan itu mungkin dilaksanakan tanpa penonton.
"Dalam keadaan darurat, kita perlu menilai pada saat-saat terakhir dan kita telah memutuskan bahawa permainan boleh diadakan tanpa penonton.
"Tetapi, suka saya maklumkan, kami juga berharap sekiranya keadaan mengizinkan, kami ingin seramai mungkin penonton datang menyaksikan pertandingan tersebut."
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat antara penganjur Olimpik Tokyo 2020, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), di Tokyo, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Pengarah Operasi Sukan Olimpik Pierre Ducrey berkata, atlet yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Olimpik mungkin tidak dapat mengambil bahagian dalam permainan tersebut.
"Tanggungjawab ialah kunci kejayaan. Bagi mereka yang sengaja memilih untuk tidak mematuhi peraturan, mungkin ada kesannya terhadap penyertaan mereka dalam pertandingan."
Topic Berkaitan
#Tokyo
#penonton
#COVID-19
#IOC
#Seiko Hashimoto
#Olimpik
#sukan
#Pierre Ducrey
#atlet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan