awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

One 168: "Syukur Alhamdulillah, Malaysia Boleh!" - Jojo

Astro Arena
Astro Arena
07/09/2024
02:00 MYT
One 168: "Syukur Alhamdulillah, Malaysia Boleh!" - Jojo
Jojo berjaya melebarkan rekod kemenangan 6-1 dan meraih bonus kemenangan AS$50,000 (RM216,699).
JAGUH Muay Thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar, tampil dengan aksi sensasi apabila berjaya menewaskan Josue Cruz dalam aksi ONE 168: Denver, hari ini.
Dalam perlawanan berlangsung di Ball Arena di Denver, Colorado, Amerika Syarikat itu Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo menewaskan pertarung dari Mexico itu secara knockout (KO) pada pusingan pertama.
Ia sekali gus menyaksikan Jojo berjaya melebarkan rekod kemenangan 6-1 dan meraih bonus kemenangan AS$50,000 (RM216,699).
View this post on Instagram
A post shared by ONE Championship (@onechampionship)
Lebih bermakna, kejayaan itu juga diraih di negara kelahiran ibunya, Jeanna Johnson.
Selepas tamat perlawanan, Jojo berkongsikan kegembiraan atas kemenangan yang diperoleh, dia berkata: "Pertama sekali, saya mengucapkan Alhamdulillah atas kemenangan ini.
"Saya telah meletakkan usaha keras untuk berada di tahap ini.
"Assalamualaikum buat rakyat Malaysia, Malaysia boleh, Alhamdulillah!"
Kemenangan itu juga berjaya menebus kekecewaan Jojo yang tewas kepada Tran Duy Nhat Nguyen di ONE 167 sebelum ini yang menjadi kekalahan pertama dalam karier profesionalnya. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Jojo
#Johan Ghazali
#ONE 168
#Muay Thai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan