awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padang bola sepak rumput tiruan pertama pertama di Malaysia siap

Bernama
Bernama
20/02/2013
13:07 MYT
Padang bola sepak rumput tiruan pertama pertama di Malaysia siap
Negeri Sembilan kini boleh berbangga kerana menjadi negeri pertama memiliki padang bola sepak rumput tiruan di negara ini setelah rumput tiruan jenis 'fieldturf' siap dipasang di Kompleks Belia dan Sukan Paroi di sini.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata padang bola sepak rumput tiruan bertaraf antarabangsa itu, melengkapkan lagi kemudahan sedia ada di kompleks itu untuk orang ramai bersukan dan beriadah.
"Kos untuk membina padang rumput tiruan ini berjumlah RM2.5 juta. Padang bola sepak rumput tiruan ini akan dibuka untuk kegunaan orang ramai mulai 1 Mac ini," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.
Beliau berkata padang rumput tiruan yang diguna itu telah mendapat akreditasi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) dan sesuai diguna untuk pertandingan antarabangsa.
Mohamad berkata kos penyelenggaraan padang rumput tiruan itu lebih murah berbanding padang rumput asli.
"Padang yang kita bangunkan ini mempunyai tahap kepudaran yang rendah iaitu 15 tahun penggunaannya, cuma lima peratus kepudaran dikesan dan boleh digunakan dalam apa juga keadaan cuaca, sama ada panas atau hujan," katanya.
Kompleks Belia dan Sukan Paroi menyediakan kemudahan pelbagai jenis sukan secara komprehensif dan dianggap yang terbaik untuk dijadikan model di negara ini.
Antara kemudahan sukan yang disediakan di kompleks itu ialah ruang kepada umum untuk aktiviti sukan luar dan dalam bangunan seperti padang bola sepak, futsal, badminton, tenis, ping pong, sepak takraw, boling padang dan snuker.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Mohamad Hasan
#Padang Tiruan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan