awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pandalela gagal ke final 10m platform wanita di Kazan

Bernama
Bernama
26/04/2015
09:26 MYT
Pandalela gagal ke final 10m platform wanita di Kazan
Pandalela gagal ke final 10m platform wanita di Kazan - Gambar fail
Ratu terjun negara, Pandelela Rinong mempamerkan aksi kurang menarik apabila gagal mara ke pusingan akhir acara 10m platform wanita pada Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA 2015.
Pandelela sekadar berakhir di kedudukan keempat pada saingan separuh akhir dengan 335.20 mata pada hari ketiga kejohanan tersebut di Kazan, Rusia, hari ini.
Menurut laman web kejohanan, www.fina.org, Pandelela bermula garang apabila membuat terjunan pertama dengan catatan 72.00 mata.
Pada cubaan kedua, Pandalela gagal memberikan aksi cemerlang apabila sekadar mencatat 69.60 mata dan episod kemerosotannya berulang sehingga terjunan keempat dengan catatan 62.40 mata dan 54.40 mata, masing-masing.
Pandelela cuba memperbaiki jumlah pungutan mata pada terjunan terakhirnya dengan catatan 76.80 mata, namun usahanya itu gagal melayakkan beliau untuk mara ke final.
Sebelum ini, pada hari pertama kejohanan, pasangan terjun negara, Ng Yan Wee dan Nur Dhabitah Sabri terlepas pingat gangsa dan terpaksa menduduki tempat keempat dalam acara 3m papan anjal wanita.
Dalam acara 10m platform seirama wanita, pasangan Cheong Jun Hoong dan Leong Mun Yee hanya mampu menghuni tangga kelima.
Pada hari kedua kejohanan, Cheong Jun Hoong juga terlepas pingat gangsa melalui acara 3m papan anjal individu wanita.
Topic Berkaitan
#Kazan
#Pandalela
#renang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan