awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pandelela azam terjunan lebih baik untuk Sukan Olimpik

Astro Arena
Astro Arena
31/07/2015
23:49 MYT
Pandelela azam terjunan lebih baik untuk Sukan Olimpik
Atlet kelahiran Sarawak itu bakal beraksi dalam temasya Sukan Olimpik kedua selepas layak ke pusingan akhir acara 10 meter platform di Kejohanan Akuatik Dunia FINA ke-16 di Kazan, Rusia. - Gambar ARENA
Tiada kata mampu menggambarkan perasaan ratu terjun negara, Pandelela Rinong ketika ini selepas raih gangsa dan muncul atlet pertama negara yang layak untuk beraksi di temasya Sukan Olimpik 2016 Rio.
Atlet kelahiran Sarawak itu bakal beraksi dalam temasya Sukan Olimpik kedua selepas layak ke pusingan akhir acara 10 meter platform di Kejohanan Akuatik Dunia FINA ke-16 di Kazan, Rusia.
Di London tiga tahun lalu Pandelela berjaya memungut gangsa, dan meneruskan pencapaian cemerlangnya dalam pertandingan besar apabila sudah memiliki tiga medal Kejohanan Dunia, tetapi acara individu di Kazan paling bermakna buatnya.
"Jurulatih serta rakan sepasukan yang lain turut bergembira dengan pencapaian saya salah satu sasaran kami telah tercapai," terangnya ketika dihubungi.
Namun dia enggan terlalu cepat berpuas hati dengan pencapaian terbarunya dan berpendapat perlu bekerja keras untuk meningkatkan prestasinya.
"Selepas ini saya akan balik dan berlatih dengan lebih bersungguh-sungguh untuk memperbaiki teknik terjun saya, dan berharap di Olimpik nanti saya akan buat yang lebih baik.
"Selepas ini sudah tentu saingan lebih sengit kerana adanya bakat-bakat muda yang lebih baik dan mempunyai teknik terjunan yang lebih bagus dan tinggi.
"Apa yang penting saya fokus kepada terjunan saya dan biarlah juri yang menentukannya," katanya.
Sementara itu, Ng Yan Yee berjaya mara ke separuh akhir acara terjun tiga-meter papan anjal wanita selepas menduduki tempat ke-12 pada peringkat kelayakan. Namun Nur Dhabitah Sabri tersingkir selepas menduduki tangga ke-19.
Topic Berkaitan
#Kazan
#Kejohanan Akuatik Dunia Fina
#Olimpik
#Pandalela
#Rusia
#terjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan