awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan MLBB Malaysia muncul juara dunia

Bernama
Bernama
15/11/2024
14:21 MYT
Pasukan MLBB Malaysia muncul juara dunia
Pasukan negara bermula baik apabila memenangi perlawanan pertama dengan keputusan 17 'kills' berbalas 14 dalam aksi yang berlangsung hampir 22 minit. - Gambar screengrab
KUALA LUMPUR: Pasukan Mobile Legend Bang-Bang Malaysia (MLBB) mencipta sejarah apabila berjaya memenangi Kejohanan Dunia e-sukan IESF selepas menewaskan Filipina 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi hari ini.
Pasukan Malaysia dibarisi hampir sepenuhnya pemain Selangor Red Giants diketuai Muhd Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (Yums), Muhd Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), Haziq Danish Mohd Rizwan (Stormie), Ilman Zareef Zulkifli (Gojes) dan 'Gold Laner' pasukan JP Niners, Ealtond Rayner (Lolealz).
Pasukan negara bermula baik apabila memenangi perlawanan pertama dengan keputusan 17 'kills' berbalas 14 dalam aksi yang berlangsung hampir 22 minit.
Pada perlawanan kedua, pasukan Malaysia bermula sedikit goyah namun berjaya mengemaskan corak permainan untuk menang sembilan kills berbalas empat sekali gus menjulang kejuaraan sulung buat negara di kejohanan itu.
Kemenangan tersebut menyaksikan pasukan Malaysia berjaya membawa pulang wang kemenangan berjumlah USD70,000 (RM 313,180).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kejuaraan sulung
#wang kemenangan
#mlbb
#corak permainan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan