awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pecahkan dominasi JDT musim ini - Azman Adnan

Bernama
Bernama
13/04/2024
03:45 MYT
Pecahkan dominasi JDT musim ini - Azman Adnan
Azman berkata kebangkitan pasukan lain sekali gus mampu mengembalikan tahap kompetitif dan daya tarikan kepada Liga-M. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak Selangor Azman Adnan meletakkan harapan supaya pasukan lain mampu memberi tentangan terus-menerus kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) menjelang musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) 2024/2025 yang akan menyingkap tirai awal bulan depan.
Azman berkata sudah tiba masanya pencabar lain mengembangkan sayap dan memecah dominasi mahkota kejuaraan Liga Super 10 kali berturut-turut termasuk gelaran domestik lain daripada skuad Harimau Selatan itu.
"Kita mengharapkan pasukan lain, tak semestinya Selangor FC sahaja bahkan pasukan lain cuba memberi tentangan kepada pasukan JDT.
“Kita nak tengok kekuatan JDT tahun ini, saya rasa mereka lagi bertambah baik. Jadi, harapan saya nak lihat pasukan mana yang mampu menewaskan JDT setelah mereka berjaya menjuarai tanpa ditewaskan tahun lepas," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Beliau berkata kebangkitan pasukan lain sekali gus mampu mengembalikan tahap kompetitif dan daya tarikan kepada Liga-M yang hanya didominasi oleh satu pasukan sebelum ini.
Azman dalam masa sama mengimpikan "kebangkitan" itu bermula dengan Selangor, namun pada masa sama sedar kombinasi pemain senior dan lambakan pemain muda dalam pasukan memerlukan kematangan sebelum mampu bersaing.
Justeru, beliau berharap skuad The Red Giants dengan sentuhan jurulatih baharu Mohd Nidzam Jamil mampu mencipta kejutan dan mengembalikan kegemilangan Selangor musim depan.
"Terus terang saya cakap, saya memang suka dia (Mohd Nidzam) sebab dah kenal lama. Sebab setiap kali latihan, dia yang jaga saya. Itu dulu, tapi sekarang dia jurulatih. Jadi, saya mendoakan agar dia dan pasukan berjaya," katanya.
Selangor bimbingan Tan Cheng Hoe musim lepas mencatat 20 kemenangan, satu keputusan seri dan lima kekalahan daripada 26 perlawanan untuk berada di tangga kedua Liga Super.
Saingan Liga-M musim depan akan membuka tirai dengan aksi Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor pada 10 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azman Adnan
#legenda bola sepak
#JDT
#dominasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan