awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pele dimasukkan ke hospital namun 'stabil'

Astro Arena
Astro Arena
09/12/2021
02:49 MYT
Pele dimasukkan ke hospital namun 'stabil'
Pele dalam keadaan stabil dan dijangka dibenarkan keluar dalam masa beberapa hari akan datang, menurut kenyataan dikeluarkan Hospital Sao Paulo Albert Einstein.
LEGENDA Brazil Pele telah dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan kanser usus, tetapi berada dalam keadaan stabil.
Pemenang Piala Dunia tiga kali itu memerlukan pembedahan untuk membuang ketumbuhan dalam usus September lalu dan sejak itu terus menjalani kemoterapi sebagai sebahagian daripada proses pemulihan.
Hospital Sao Paulo Albert Einstein mengesahkan semalam bahawa Pele telah dimasukkan ke hospital sekali lagi, sambil menambah dia berada dalam keadaan stabil dan harus dibenarkan keluar dalam beberapa hari akan datang.
"Pele dalam keadaan stabil, dan kami menjangkakan dia akan dikeluarkan dalam beberapa hari akan datang," menurut kenyataan itu.
Penyerang legenda itu mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menjalani pembedahan prostat pada 2015 selepas dimasukkan ke hospital dua kali dalam tempoh enam bulan, dan dia dimasukkan ke hospital semula kerana jangkitan kuman pada 2019.
Pele merupakan satu-satunya pemain yang meraih tiga pingat kemenangan Piala Dunia, menjulang trofi itu pada 1958, 1962 dan 1970.
Bekas pemain berusia 81 tahun itu merupakan salah seorang daripada empat pemain yang meledak gol dalam empat penampilan Piala Dunia yang berbeza, manakala kekal sebagai penjaring gol terbanyak Brazil -- selepas menemui jaringa 77 kali dalam 92 penampilan buat Selecao.
Topic Berkaitan
#Pele
#kanser usus
#Pembedahan
#kemoterapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan