awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peminat Valencia kembali protes terhadap pemilik

Astro Arena
Astro Arena
12/02/2023
23:30 MYT
Peminat Valencia kembali protes terhadap pemilik
Ribuan penyokong mengadakan protes sebelum perlawanan dengan Athletic Bilbao di tempat sendiri, menyasarkan Peter Lim, memandangkan Valencia kini berada dalam zon penyingkiran LaLiga. - Foto Astro ARENA
PENGURUS Valencia, Salvador Gonzalez 'Voro', merayu kepada peminat kelab yang sedang bergelut itu agar mempamerkan jati diri "Valencianisme" mereka dalam usaha membantu pasukan.
Beribu-ribu penyokong mengadakan protes sebelum perlawanan dengan Athletic Bilbao di tempat sendiri dengan menyasarkan pemilik, Peter Lim, memandangkan Valencia kini terperosok dalam zon penyingkiran LaLiga.
Kekalahan 1-2 kepada Athletic bermakna Los Che kini hanya mengutip satu mata daripada tujuh perlawanan liga terakhir mereka dan tewas empat kali berturut-turut.
Walaupun tumpas, Voro tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya yang mendahului menerusi Samu Castillejo, tetapi jaringan Nico Williams dan Oihan Sancet mengubah senario perlawanan di Mestalla itu.
Voro berkata: "Pasukan semakin hampir untuk mendapatkan kemenangan dan telah memberi tumpuan kecuali terhadap beberapa perincian yang telah diambil kesempatan oleh Athletic.
@hugoduro14 : "We are the ones who have to get out of this" pic.twitter.com/scLZ5HZKPZ
— Valencia CF (@valenciacf_en) February 11, 2023
"Pasukan menunjukkan permainan sangat baik jadi keputusannya tidak adil tetapi beginilah bola sepak.
"Ia adalah hari yang menyedihkan, tetapi peningkatan telah ditonjolkan dan anda perlu bersaing secara sama rata demi memenangi perlawanan."
Apabila ditanya mengenai protes peminat itu, Voro menambah: "Situasi ini sangat rumit daripada perspektif sukan.
"Kami faham bahawa peminat mungkin kecewa. Saya menghormati bahawa semua orang menyatakan Valenciaisme mereka dengan cara yang mereka fikirkan (melalui protes), tetapi kami memerlukan sokongan mereka.
"Kami berada dalam situasi yang sangat sukar dan saya fikir hari ini ada tanda positif.
"Kemenangan tidak memihak kami tetapi kami telah tumbang disebabkan tindakan tertentu, beginilah bola sepak."
Topic Berkaitan
#protes
#Valencia
#Peter Lim
#LaLiga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan