awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penajaan Sukan SEA, Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 cecah RM69 juta

Bernama
Bernama
30/03/2017
03:36 MYT
Penajaan Sukan SEA, Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 cecah RM69 juta
Penganjuran Sukan SEA 2017 dan Para ASEAN turut menerima tajaan daripada pelbagai agensi swasta antaranya Malaysia Airports, AirAsia, Telekom Malaysia, NAZA dan Mc Donalds. - Gambar fail
Penajaan bagi Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9 Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) sudah mencapai 87 peratus atau RM69 juta daripada jumlah sasaran sebenar RM80 juta, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata jumlah itu berjaya dikumpul Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA (MASOC) dengan menerima tajaan daripada pelbagai agensi swasta antaranya Malaysia Airports, AirAsia, Telekom Malaysia, NAZA dan Mc Donalds untuk temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu.
"Tujuh belas syarikat swasta bersetuju menaja dari bentuk wang tunai dan barangan. Mengikut ketetapan, syarikat menaja RM30 juta (wang tunai) dan RM50 juta (perkhidmatan dan barangan)," katanya semasa waktu pertanyaan menteri (MQT) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baharu) mengenai tahap persiapan kedua-dua acara sukan itu dengan mengambil kira pengehadan bajet yang diberikan.
Katanya sehingga kini, segala persiapan bagi kedua-dua acara itu tidak terjejas akibat pengehadan bajet, malah menepati keperluan dan spesifikasi yang diperlukan.
--- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#bajet
#Khairy Jamaluddin
#para asean
#penajaan
#sukan
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan