awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penampilan di Sukan Asia lonjak keyakinan Letshanaa untuk KL Masters

Bernama
Bernama
29/10/2023
02:20 MYT
Penampilan di Sukan Asia lonjak keyakinan Letshanaa untuk KL Masters
Atlet perseorangan Malaysia K. Letshanaa ketika beraksi menentang pemain Thailand Busanan Ongbamrungphan dalam acara perseorangan wanita pada Sukan Asia Hangzhou 2022. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dalam penampilan sulungnya di Sukan Asia Hangzhou 2022 baru-baru ini, perseorangan badminton wanita negara K. Letshanaa hanya sempat beraksi selama 40 minit.
Walaupun cabarannya berakhir dengan kekalahan 13-21, 10-21 kepada pemain berpengalaman Thailand Busanan Ongbamrungphan, pengalaman itu telah melonjakkan keyakinan Letshanaa menjelang KL Masters Malaysia 2023 minggu ini.
Pemain nombor 57 dunia itu berkata bersaing di acara berprestij seperti Sukan Asia telah memainkan peranan penting dalam perkembangannya sebagai pemain dan meningkatkan kebolehannya untuk beraksi lebih baik pada kejohanan Super 100 itu yang akan diadakan di Stadium Titiwangsa, di sini.
"Persiapan KL Masters berjalan lancar ketika ini. Saya harap saya dapat memberikan yang terbaik dalam kejohanan ini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Ketika ditanya mengenai jangkaannya untuk kejohanan itu, pemain berusia 20 tahun tersebut berkata beliau hanya mahu fokus pada setiap perlawanan pada satu-satu masa.
Pemain kelahiran Selangor itu dijadual membuka kempen KL Masters dengan menentang pemain Mesir Nour Ahmed Youssri.
Membuka tirai Selasa ini hingga 5 November dengan nilai hadiah AS$100,000 (RM477,900), kejohanan itu merupakan platform penting bagi kelayakan ke Pusingan Akhir Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akhir tahun ini serta Sukan Olimpik Paris 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Asia
#KL Masters
#k letshanaa
#keyakinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan