awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencalonan sebagai Presiden BAM dapat persetujuan PM - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
25/03/2025
22:10 MYT
Pencalonan sebagai Presiden BAM dapat persetujuan PM - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul yang menerima pencalonan tersebut, terharu dengan pengiktirafan itu selain kepercayaan terhadapnya untuk memimpin BAM. - Foto fail/BERNAMA
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi lampu hijau kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dicalonkan sebagai presiden baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi penggal 2025-2029.
Perkembangan itu disahkan Tengku Zafrul yang memaklumkan Perdana Menteri telah bersetuju untuk beliau diberi peluang berkenaan.
"Saya mahu ucapkan juga terima kasih kepada Perdana Menteri yang telah bersetuju untuk saya diberi peluang menjadi Presiden BAM.
"Beliau (Perdana Menteri) memberi pertimbangan, memandangkan saya sebagai menteri sehingga bulan Disember ini, jadi selepas itu boleh beri fokus kepada BAM," katanya kepada pemberita selepas Program Iftar Kasih Ukhwah anjuran Yayasan TZA di Kolej Komuniti Kelana Jaya (KKKJ), di sini, pada Selasa.
Ogos lepas, Kabinet telah memutuskan bahawa anggota pentadbiran kerajaan termasuk menteri dan timbalan menteri tidak boleh bertanding jawatan dalam mana-mana persatuan sukan.
Awal semalam, Pemangku Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam mengumumkan, majoriti ahli majlis BAM mencapai kata sepakat untuk mencalonkan Tengku Zafrul sebagai Presiden baharu.
Subramaniam berkata, pencalonan itu mencerminkan keperluan kepimpinan yang kukuh dan stabil bagi memacu persatuan itu ke hadapan.
Pemilihan BAM dijadualkan berlangsung pada 10 Mei ini semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) badan induk badminton negara berkenaan.
Menerusi hantaran di laman X, Tengku Zafrul yang menerima pencalonan tersebut, terharu dengan pengiktirafan itu selain kepercayaan terhadapnya untuk memimpin BAM.
Sebelum ini, Tengku Zafrul hampir dilantik sebagai presiden BAM bagi menggantikan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang pada mulanya bercadang untuk meletakkan jawatan awal tahun lepas.
Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meminta Mohamad Norza mempertimbangkan semula keputusan itu dan kekal memegang jawatan sehingga tamat Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Selepas berakhirnya Paris 2024, BAM memutuskan untuk melantik Subramaniam sebagai pemangku Presiden sehingga AGM Mei ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#presiden BAM
#Tengku Zafrul
#PM Anwar Ibrahim
#Persatuan Badminto Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan