awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengadil badminton BWF meninggal dunia ketika bertugas

Astro Arena
Astro Arena
08/12/2024
10:15 MYT
Pengadil badminton BWF meninggal dunia ketika bertugas
Nazib adalah seorang ahli panel pengadil Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang menyelia kejohanan antarabangsa di seluruh dunia hampir setiap bulan.
PENGADIL badminton pertama Bangladesh di pentas global, Nazib Ismail Russell, meninggal dunia ketika menyelia kejohanan badminton antarabangsa di Guwahati, India.
Beliau adalah seorang ahli panel pengadil Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang menyelia kejohanan antarabangsa di seluruh dunia hampir setiap bulan.
Nazib juga merupakan ahli jawatankuasa eksekutif semasa Persekutuan Badminton Bangladesh.
Menerusi laman web rasmi BWF, badan dunia badminton itu menzahirkan rasa dukacita dan simpati dengan pemergian Nazib.
"BWF berduka atas kehilangan pengadil BWF, Mohammed Nazib Ismail dari Bangladesh, yang ditemui tidak memberikan tindak balas di bilik hotelnya. Ismail, 50, telah bertugas YONEX-SUNRISE Guwahati Masters 2024 di India.
"BWF dan penganjur kejohanan Persatuan Badminton India (BAI) mengucapkan takziah kepada keluarga dan kepada Persekutuan Badminton Bangladesh. Beliau meninggalkan seorang isteri dan dua anak perempuannya."
Ismail merupakan pengadil BWF sejak 2016. Masters Guwahati 2024 ialah kejohanan BWF Tour Super 100. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#pengadil badminton
#meninggal dunia
#Nazib Ismail Russell
#Bangladesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan