awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
Konflik Asia Barat: Pengeksport Malaysia digesa amalkan pendekatan proaktif, adaptif
MSN nafi tidak benarkan Beasley terlibat program pencarian bakat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengadil Perancis diingatkan tidak perlu henti perlawanan semasa buka puasa

Agensi
Agensi
31/03/2023
23:45 MYT
Pengadil Perancis diingatkan tidak perlu henti perlawanan semasa buka puasa
Persekutuan Bola Sepak Perancis mengingatkan semua pengadil untuk tidak memberhentikan perlawanan semata-mata untuk memberi laluan kepada pemain beragama Islam berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan. - Gambar fail AP
PARIS: Persekutuan Bola Sepak Perancis mengingatkan semua pengadil untuk tidak memberhentikan perlawanan semata-mata untuk memberi laluan kepada pemain beragama Islam berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan, lapor media tempatan pada Jumaat.
Berbeza dengan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang membenarkan perkara itu, amalan sedemikian, bagaimanapun, tidak bermaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Bola Sepak Perancis.
Demikian menurut laporan media tempatan yang memetik notis pemakluman yang dikirim melalui e-mel kepada semua pengadil bola sepak di negara itu pada Khamis.
Menurut laporan portal berita Arab News, tindakan menghentikan perlawanan untuk membenarkan pemain beragama Islam berbuka puasa sehingga menyebabkan perlawanan terjejas telah dibawa kepada perhatian persekutuan itu.
“Sebetulnya, kita semua memiliki masa untuk melakukan apa saja. Masa untuk bersukan dan masa untuk mengamalkan sesuatu fahaman (agama),” kata Ketua Suruhanjaya Pengadil Persekutan Bola Sepak Perancis, Eric Borghini kepada AFP.
Kata Borghini, beliau difahamkan terdapat beberapa perlawanan peringkat amatur dihentikan bagi membenarkan pemain berbuka puasa bagi memulihkan semula tenaga mereka.
Pengecualian itu, tegasnya, tidak dibenarkan dalam peraturan termasuk syarat menghormati prinsip sekularisme dalam sukan bola sepak.
Andai Perancis membenarkan perlawanan bola sepak dihentikan sementara pada waktu berbuka puasa sekalipun, Borghini menegaskan “tiada siapa yang peduli apa dilakukan mereka. Ini kerana kita bukan berada di negara Islam. Kamu harus menerima (peraturan dan ketetapan) di negara yang kamu pilih untuk diami.”
Amalan Perancis itu bertentangan dengan tindakan sebaliknya oleh EPL yang membenarkan perlawanan bola sepak dihentikan seketika bagi membolehkan pemain beragama Islam berbuka puasa.
Topic Berkaitan
#buka puasa
#pemain bola sepak Islam
#Persekutuan Bola Sepak Perancis
#EPL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan