awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjenamaan SNBJ dalam perancangan untuk jana pendapatan - Ahmad Faizal

Bernama
Bernama
18/06/2022
12:02 MYT
Penjenamaan SNBJ dalam perancangan untuk jana pendapatan - Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata ia merupakan antara cadangan masa depan bagi menjana pendapatan menerusi hak penjualan nama stadium seperti perkara yang lazim dilihat dalam dunia bola sepak atau sukan lain di luar negara. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak menolak kemungkinan menjual hak nama Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kepada rakan kongsi strategik untuk menjana pendapatan, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Beliau berkata ia merupakan antara cadangan masa depan bagi menjana pendapatan menerusi hak penjualan nama stadium seperti perkara yang lazim dilihat dalam dunia bola sepak atau sukan lain di luar negara.
"Ada banyak cadangan ke arah itu, tetapi buat masa ini kita yakin (mampu menguruskan penyelenggaraan). Tetapi saya tidak tolak kemungkinan untuk masa akan datang," katanya ketika ditemui pemberita pada 'Sesi Teh Tarik Santai' di SNBJ.
Pada 2017, Stadium Putra telah dijenamakan semula sebagai Axiata Arena hasil kerjasama antara Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dengan Axiata Group Sdn Bhd menerusi perjanjian 10 tahun bernilai RM55 juta.
Stadium lain di luar negara seperti Stadium Emirates kepunyaan Arsenal di London, Stadium Etihad di Manchester, Allianz Arena kegunaan kelab gergasi Jerman, Bayern Munich serta Arena OCBC dan Pusat Akuatik OCBC di Singapura antara venue sukan yang dijenamakan semula menerusi perkongsian strategik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SNBJ
#Stadium Nasional Bukit Jalil
#KBS
#Kementerian Belia dan Sukan
#Ahmad Faizal Azumu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan