awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlis juarai GT Radial Piala Emas Raja-Raja 2014

Bernama
Bernama
21/12/2014
23:24 MYT
Perlis juarai GT Radial Piala Emas Raja-Raja 2014
JUARA Pasukan Perlis menjulang Piala Emas Raja-Raja 2014 yang dimenangi selepas mengalahkan Pahang pada perlawanan akhir. - Foto Bernama
Perlis menewaskan Pahang dengan jaringan 2-1 untuk mempertahankan kejuaraan GT Radial Piala Emas Raja-Raja 2014 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh di sini, malam tadi. Di awal babak perlawanan, kedua-dua pasukan bermain seimbang dengan saling menyerang bagi mecari gol pendahuluan.
Pada minit ke-32, M. Fauzi Roslan berjaya memecah kebuntuan dengan meledakkan gol pertama Pahang selepas menyambut sepakan sudut yang diambil Azidan Sarudin.
Keputusan separuh masa pertama kekal dengan jaringan 1-0. Seawal separuh masa kedua, Pahang dilihat lebih agresif untuk menambah jaringan dengan melancarkan beberapa serangan berbahaya ke arah kubu Perlis namun, berjaya ditangkis pertahanan pasukan pelawat.
Di minit ke-75, Perlis bangkit menyamakan kedudukan 1-1 menerusi pemainnya, Adrienjurad yang melepaskan satu tendang cantik membolosi pintu gol Pahang.
Momentum daripada jaringan itu, pasukan pelawat sekali lagi berjaya merobek gawang Pahang melalui pemainnya, Anas Shaharom yang melepaskan rembatan kencang di minit terakhir perlawanan.
Keputusan 2-1 yang berpihak kepada Perlis itu kekal hingga tamat permainan.
Perlis membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 manakala Pahang selaku naib johan menerima RM20,000.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Pahang
#Perlis
#Piala Emas Raja-Raja
#temerloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan