awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persembahan Will Smith tutup tirai Piala Dunia 2018

Agensi
Agensi
15/07/2018
21:38 MYT
Persembahan Will Smith tutup tirai Piala Dunia 2018
Nicky Jam, Era Istrefi dan Will Smith mengadakan persembahan pada acara penutup Piala Dunia 2018 di Moscow, Rusia pada Ahad. - REUTERS
Penyanyi dan pelakon Hollywood, Will Smith menyanyikan lagu tema Piala Dunia "Live It Up" dalam acara penutup kejohanan itu di Moscow pada Ahad.
Ketika Smith mengadakan persembahan di pentas Stadium Luzhniki Moscow, skrin gergasi memaparkan imej pemain dan warna bendera Croatia dan Perancis - dua pasukan yang bersaing merebut Piala Dunia di pentas akhir.
Smith turut disertai Nicky Jam, penyanyi kelahiran Amerika Syarikat berdarah Puerto Rico, serta Era Istrefi, penyanyi pop yang berbangsa Albania dan Kosova.
Dalam segmen terakhir, penyanyi opera Russia, Aida Garifullina mempersembahkan lagu rakyat Russia berjudul "Kalinka" diiringi pemain bagpipes, koir kanak-kanak dan perkusi.
Turut bersama dalam segmen ini ialah bintang bola sepak Brazil dan pemenang Piala Dunia, Ronaldinho, yang memainkan gendang Afrika.
Persembahan tersebut merupakan pembukaan sebelum perlawanan antara Perancis dan Croatia yang akan berlangsung di hadapan lebih 80,000 penonton.
BACA: Perancis juara Piala Dunia buat kali kedua!
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Era Istrefi
#Live It Up
#Moscow
#Nicky Jam
#perlawanan akhir
#Piala Dunia
#Russia
#Will Smith
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan