awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Indonesia naikkan harga tiket, caj bahan api pesawat
Kes Indira Gandhi: Mahkamah tetap 25 Jun untuk dengar perkembangan siasatan PDRM
Misi Artemis II masuk sfera graviti bulan, atasi rekod Apollo 13
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Philipp Max jadi buruan gergasi EPL

Astro Arena
Astro Arena
04/01/2018
04:23 MYT
Philipp Max jadi buruan gergasi EPL
MAX: Sejak kecil lagi saya telah memasang impian untuk bermain di luar negara dan saya fikir EPL sesuai dengan gaya saya. - Reuters
PHILIPP MAX berminat untuk berubah angin ke Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi menjangkakan untuk menghabiskan musim ini di Augsburg.
Pemain bek kiri -- anggota skuad pemenang pingat perak Jerman dalam Sukan Olimpik 2016 -- dilaporkan menarik perhatian beberapa kelab EPL dengan Manchester City, Manchester United dan Liverpool antara kelab berpotensi yang dikaitkan.
Kemampuan menyerang yang dimiliki Max khususnya musim ini -- pemain berusia 24 tahun membekalkan 10 bantuan gol dalam 17 perlawanan Bundesliga.
Dia mempunyai kontrak bersama Augsburg sehingga 2022 dan memberitahu Sport Bild, perpindahan Januari tidak semestinya berlaku.
"Sejak kecil lagi saya telah memasang impian untuk bermain di luar negara dan saya fikir EPL sesuai dengan gaya saya.
"Kelab lain juga menarik perhatian saya tetapi biarlah topik ini untuk masa depan.
"Saya masih mempunyai kontrak dengan Augsburg. Dalam bola sepak, anda tidak boleh menolak sebarang kebarangkalian tetapi saya percaya bahawa saya akan bersama Ausburg pada separuh kedua musim ini," kata Max.
Augsburg kini menduduki tangga kesembilan Bundesliga dan akan menjadi tuan rumah kepada pasukan yang sedang bergelut, Hamburg, minggu depan untuk aksi pertama mereka selepas cuti musim sejuk.
Topic Berkaitan
#augsburg
#bola sepak
#EPL
#kelab
#Liga Perdana Inggeris
#Liverpool
#Manchester City
#Manchester United
#philipp max
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan