awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala AFF: Anwar ucap selamat berjuang, yakin Harimau Malaya pamer prestasi tinggi

Bernama
Bernama
21/12/2022
09:40 MYT
Piala AFF: Anwar ucap selamat berjuang, yakin Harimau Malaya pamer prestasi tinggi
Menerusi catatan di laman Facebooknya, Anwar menaruh keyakinan tinggi dengan kombinasi muka lama dan baharu yang ditampilkan jurulatih Kim Pan Gon pada edisi kali ini mampu menterjemahkan kualiti serta prestasi terbaik.- Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjuang kepada skuad Harimau Malaya yang akan memulakan kempen Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 bertemu Myanmar hari ini.
Menerusi catatan di laman Facebooknya, Anwar menaruh keyakinan tinggi dengan kombinasi muka lama dan baharu yang ditampilkan jurulatih Kim Pan Gon pada edisi kali ini mampu menterjemahkan kualiti serta prestasi terbaik.
"Saya mewakili seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan buat skuad Harimau Malaya. Berjuanglah sepenuh jiwa demi lencana di dada!," menurut catatan itu.
Pasukan negara akan meneruskan aksi menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini, Vietnam di Hanoi (27 Dis) dan menerima kunjungan Singapura (3 Jan) di Bukit Jalil bagi memburu dua slot teratas Kumpulan B untuk layak ke separuh akhir.
Sepanjang 13 edisi kejohanan dwitahunan itu yang sebelum ini dikenali sebagai Piala Tiger, Malaysia muncul juara sekali pada 2010 serta naib juara sebanyak tiga kali - edisi sulung 1996, 2014 dan 2018.
Hanya empat pasukan pernah bergelar juara iaitu Thailand sebanyak enam kali, Singapura (empat), Vietnam (dua) dan Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#harimau Malaya
#Piala AFF
#Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan