awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai

Bernama
Bernama
16/05/2024
02:30 MYT
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
ZAINOL: Kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dan rasa tidak puas hati melibatkan pemain daripada kedua-dua pasukan.- Gambar fail/BERNAMA
MELAKA: Pasukan Melaka FA dan Sri Pahang FC yang terlibat dalam insiden pergaduhan ketika saingan Piala Belia pada Ahad lepas, telah berdamai dan bersetuju menyelesaikan perkara berkenaan secara baik.
Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis pada 15 Mei dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan insiden itu.
"Siasatan polis mendapati kejadian berlaku pada 12 Mei sewaktu perlawanan bola sepak Piala Belia melibatkan pemain bawah umur 18 tahun yang melibatkan kedua-dua pasukan di Stadium Hang Tuah.
"Kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dan rasa tidak puas hati melibatkan pemain daripada kedua-dua pasukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru beliau turut menasihati semua pihak yang terlibat dalam perlawanan selepas ini agar memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang lagi.
Terdahulu pada 14 Mei lepas, tular satu rakaman video berdurasi 44 saat menerusi media sosial 'X' yang memaparkan insiden pergaduhan antara pemain bola sepak di stadium di negeri itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Belia
#Melaka FA
#Sri Pahang FC
#gaduh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan