awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Hoki Remaja: Malaysia atasi Jepun 3-0 menerusi penentuan penalti

Bernama
Bernama
09/12/2025
22:15 MYT
Piala Dunia Hoki Remaja: Malaysia atasi Jepun 3-0 menerusi penentuan penalti
Tiga pemain Young Tigers berjaya menyudahkan percubaan jaringan masing-masing manakala Jepun gagal menyempurnakan sebarang cubaan mereka. - Facebook Malaysian Hockey Confederation
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat kemenangan 3-0 ke atas Jepun menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar untuk menamatkan saingan di tempat ke-13 pada Piala Dunia Hoki Remaja Lelaki 2025 di Tamil Nadu, India semalam.
Jepun mengikat kedudukan pada minit ke-53 melalui gol padang Shun Hara selepas Malaysia terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-29 menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Azimuddin Syakir Kamaruddin.
Selepas kedudukan terikat sehingga tamat masa permainan sebenar, aksi diteruskan ke penentuan penalti yang menyaksikan tiga pemain Young Tigers iaitu Muhammad Danish Aiman Khairul Anuar, Muhammad Addy Jazmi Jamlus dan Muhammad Adam Asyraf Mohd Johari berjaya menyudahkan percubaan masing-masing manakala Jepun gagal menyempurnakan sebarang cubaan mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#piala dunia hoki remaja
#Malaysia vs Jepun
#India
#hoki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan