awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
Tun Dr Ling Liong Sik diberikan penghormatan terakhir hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia: Tiada pingat dari penerjun Malaysia di Berlin

Bernama
Bernama
24/10/2022
04:50 MYT
Piala Dunia: Tiada pingat dari penerjun Malaysia di Berlin
Hari terakhir kejohanan menyaksikan trio Malaysia diketuai ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong diikuti dua lagi penerjun lelaki. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Skuad terjun negara menamatkan cabaran pada Piala Dunia FINA 2022 di Berlin, Jerman apabila mereka berada di kedudukan terakhir dalam acara 3 meter (m) dan 10m berpasukan campuran, Ahad.
Hari terakhir kejohanan yang berlangsung di Arena Schwimm-und Sprunghalle im Europa-Sportpark (SSE) menyaksikan trio Malaysia diketuai ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong diikuti dua lagi penerjun lelaki, Chew Yiwei dan atlet muda, Bertrand Rhodict Lises, mengumpulkan 265.00 mata untuk menduduki tempat kelima.
Skuad Amerika Syarikat terdiri daripada Kristen Hayden, Zacharay Cooper, Tyler Downs dan Katrina Young mengungguli carta dengan 375.80 untuk meraih emas manakala pasukan tuan rumah Saskia Ottinghaus, Pauline Alexandra Pfeif, Lou Noel Guy Massenberg dan Timo Barthel merekodkan 370.85 mata untuk merangkul perak.
Britanny O'Brien, Lachlan Cronin, Nikita Hains dan Jaxon Bowshire dari Australia meraih gangsa selepas mengumpul 356.65 mata.
Sementara itu, dalam final 10m platform lelaki sebelum ini, Bertrand menduduki tempat kesembilan daripada 11 penerjun selepas mengumpul 275.85 mata.
China menamatkan saingan dengan 1-2 selepas Jian Yang mengumpul 537.70 mata untuk emas manakala Hao Yang meraih perak dengan 472.20 mata. Brandon Loschiavo dari Amerika Syarikat memperoleh 429.95 mata untuk merangkul gangsa.
China menguasai pertandingan empat hari itu yang bermula Khamis lepas dengan membawa pulang lapan pingat emas dan empat perak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Dunia FINA 2022
#penerjun
#acara berpasukan
#Pandelela Rinong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan