awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final

Astro Arena
Astro Arena
07/02/2025
00:30 MYT
Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final
Virgil van Dijk (kanan) dan Mohamed Salah meraikan jaringan gol keempat pasukan ketika perlawanan semi final EFL antara Liverpool dan Tottenham Hotspur di Anfield, Liverpool, Britain, 6 Feb 2025. - REUTERS
LIVERPOOL 4 TOTTENHAM 1 (Liverpool ke final dengan kelebihan agregat 4-1)
Juara bertahan, Liverpool, akan turun mempertahankan kejuaraan Piala Liga Inggeris (EFL) di Stadium Wembley selepas mengesahkan tempat ke final dengan menewaskan Tottenham 4-0 di Anfield awal pagi tadi.
Spurs, yang dilanda badai kecederaan pemain, turun ke Anfield dengan kelebihan satu gol hasil kemenangan 1-0 dalam pertemuan separuh akhir pertama tetapi pasukan bimbingan Ange Postecoglou itu jelas tidak dapat mengekang The Reds untuk ke final dengan kelebihan agregat 4-1, sekali gus akan bertemu Newcastle United di Stadium Wembley pada 16 Mac ini.
Liverpool jelas menguasai permainan sejak dari awal dan gol daripada Cody Gakpo, Mohamed Salah, Dominik Szoboszlai dan Virgil van Dijk sudah cukup untuk membuktikan dominasi yang dipamerkan mereka.
Jaringan awal Szoboszlai dibatalkan pengadil gara-gara berada di kedudukan ofsaid tetapi Gakpo kemudian melakukan penyudah gemilang selepas menerima lintangan Salah pada minit ke-34.
Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kemudian menambah satu lagi gol pada minit keenam babak kedua, di mana Salah menyempurnakan sepakan penalti ke penjuru kiri atas gawang, susulan insiden Darwin Nunez dijatuhkan penjaga gol, Antonin Kinsky.
Szoboszlai kemudian memahat nama selaku penjaring pada minit ke-75 sebelum Van Dijk menutup hari gemilang The Reds itu dengan satu lagi jaringan pada minit ke-80.
Topic Berkaitan
#Liverpool
#Piala Liga Inggeris
#EFL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan