awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khazanah catat prestasi berdaya tahan, rekod pulangan 5.2 peratus
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala FA: BRM bakal cabar JDT pada pusingan pertama

Bernama
Bernama
06/03/2022
23:22 MYT
Piala FA: BRM bakal cabar JDT pada pusingan pertama
BRM FC mengatasi Tun Razak City FC 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung pada aksi kelayakan malam tadi. - Foto Facebook BRM FC Kuala Kangsar
KUALA LUMPUR: Pasukan amatur BRM FC bakal mengharungi cabaran terbesar dalam pusingan pertama Piala FA 2022 apabila bakal mencabar gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 13 Mac.
Ia selepas pasukan Liga M3 dari Kuala Kangsar itu, berjaya mengatasi Tun Razak City FC 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung pada aksi kelayakan malam tadi.
Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit kelima, namun Khairul Asyraf Sahizah muncul wira kebangkitan BRM apabila menjaringkan dua gol, masing-masing pada minit ke-31dan 84 untuk membawa pasukan itu ke pusingan pertama.
Pada satu lagi aksi kelayakan petang semalam, Bukit Tambun FC turut layak ke pusingan pertama selepas menyingkirkan Imigresen FC 2-1 selepas masa tambahan di Stadium Negeri Pulau Pinang.
Pasukan tuan rumah mendahului seawal minit ketujuh menerusi Daniel Arifin, namun Imigresen berjaya menyamakan kedudukan selang tiga minit kemudian menerusi jaringan Fauzi Abdul Latif.
Selepas aksi terikat lebih 90 minit, Bukit Tambun akhirnya memastikan slot ke Piala FA menjadi miliknya apabila Saiful Basir menjaringkan gol yang dinanti-nantikan pada minit ke-118.
Bukit Tambun bagaimanapun, bakal mengharungi cabaran sengit apabila telah diundi berdepan pasukan Liga Super Penang FC pada Jumaat.
Saingan Piala FA kali ini menyaksikan penyertaan 34 pasukan, terdiri daripada 12 pasukan Liga Super, tujuh pasukan Liga Premier dan 15 pasukan Liga M3 yang merebut untuk kejuaraan.
Selain empat pasukan Liga M3 yang beraksi semalam, 11 lagi pasukan dari divisyen ketiga itu mendapat 'bye' untuk layak secara automatik ke pusingan pertama, iaitu PIB, Tok Janggut Warriors, Manjung City, Perlis United, Sains, Kijang Rangers, Langkawi City, Harini FT, Kinabalu Jaguar, Ultimate dan Respect.
Saingan kalah mati itu kembali pada tahun ini, selepas dibatalkan buat dua musim berturut-turut kerana pandemik COVID-19. Kedah merupakan juara pada edisi 2019.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BRM FC
#JDT
#Piala FA 2022
#Tun Razak City FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan