awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2

Bernama
Bernama
26/11/2024
21:45 MYT
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Malaysia akan meneruskan saingan menentang tuan rumah hari ini diikuti pertembungan dengan Bangladesh pada Sabtu dan Pakistan pada Ahad. - Facebook Asian Hockey Federation
KUALA LUMPUR: Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan yang berlangsung di Al Amarat, Muscat, Oman, pada Selasa.
Lima gol Malaysia dijaringkan oleh Che Nur Aqilrullah Che Mohd Khairulzi Anwar pada minit ke-17, Muhammad Addy Jazmi Jamlus (34'), Muhammad Khairul Norizam (43'), Naaveennash Panicker (44'), dan Muhammad Danish Danial Abdul Wahab (59').
Sementara itu, China memperoleh dua gol menerusi Wang Yubo (5') dan Zhang Jialiang (46').
Malaysia yang berada dalam Kumpulan B akan meneruskan saingan menentang tuan rumah hari ini diikuti pertembungan dengan Bangladesh pada Sabtu (30 Nov) dan Pakistan pada Ahad (1 Dis).
Pengurus Pasukan Young Tigers Ganesh Shanmugam menerusi kenyataan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sebelum ini berkata sasaran utama pasukan remaja adalah menamatkan peringkat kumpulan di kedudukan dua teratas untuk mara ke separuh akhir.
Ketua jurulatih pasukan I. Vikneswaran turut menekankan perlunya untuk mereka mencapai peringkat separuh akhir pada kejohanan ini yang turut menawarkan tiket automatik ke Piala Dunia Remaja (Lelaki) 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hoki
#Piala Remaja Asia Lelaki
#Young Tigers
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan