awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Tun Abdul Razak: Terengganu tempah tiket ke suku akhir

Bernama
Bernama
19/09/2020
21:32 MYT
Piala Tun Abdul Razak: Terengganu tempah tiket ke suku akhir
Pemain Terengganu Muhammad Amirul Mirza Rozi mengasak pemain ATM Kpl Mohd Yussri Harqam Razali ketika perlawanan Peringkat Kumpulan A sempena Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak 2020 di Stadium Hoki Bukit Jalil, 19 Sept, 2020. --fotoBERNAMA
Terengganu muncul pasukan pertama mengesahkan tempat ke suku akhir kejohanan hoki Piala Tun Abdul Razak selepas membelasah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 5-1 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini pada Sabtu.
Bekas penyerang kebangsaan Faizal Saari muncul wira pasukan Terengganu selepas menjaringkan empat gol sekali gus meletakkan skuad kendalian jurulatih Tai Beng Hai pada kedudukan teratas kumpulan C dengan mengumpul enam mata selepas dua perlawanan.
Mohamad Akhimullah Anuar Esook membuka jaringan pada minit ke-24 menerusi gol padang sebelum Faizal menyempurnakan pukulan sudut penalti untuk gol kedua skuad Terengganu.
Juara dua kali itu terus mengukuhkan kedudukan dengan dua gol jaringan Faizal pada minit ke-34 dan ke-35, masing-masing melalui gol padang dan pukulan sudut penalti.
Tidak berputus asa, ATM cuba bangkit dan memperoleh jaringan tunggal hasil gol padang Azrin Azman pada minit ke-36 sebelum Faizal menyempurnakan pukulan sudut penalti untuk gol kelima Terengganu.
Sementara itu, Faizal ketika ditemui berkata beliau berpuas hati dengan perlawanan pada Sabtu dan mahu mengekalkan momentum untuk mengharungi perlawanan seterusnya.
"Saya berpuas hati dengan pencapaian pada perlawanan hari ini. Saya mahu sasar sebagai pemain terbanyak jaringkan gol pada kejohanan kali ini. Faizal sudah kembali," kata pemain berusia 29 tahun yang menganggap satu rezeki jika ketua jurulatih kebangsaan Arul Selvaraj memilihnya kembali menyertai skuad kebangsaan.
Pasukan Terengganu dijadualkan berdepan Kelantan pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan C, Isnin ini.
Selepas dua perlawanan, Terengganu berada pada kedudukan teratas dengan enam mata, diikuti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ATM yang berkongsi tiga mata, manakala Kelantan di kedudukan terakhir tanpa sebarang mata.
Berdasarkan format perlawanan, dua pasukan teratas kumpulan mara ke suku akhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Faizal Saari
#hoki
#kejohanan
#Mohamad Akhimullah Anuar Esook
#Piala Tun Abdul Razak
#suku akhir
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan