awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM mula siasatan dalaman insiden pelajar maut dirempuh - Fadhlina
[TERKINI] Trump umum operasi sekatan Selat Hormuz
Empat anggota polis dilepaskan dengan jaminan SPRM kes rasuah RM12,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa Brazil tingkatkan keselamatan bagi menghadapi Piala Dunia FIFA

Agensi
Agensi
06/06/2014
07:52 MYT
Pihak berkuasa Brazil tingkatkan keselamatan bagi menghadapi Piala Dunia FIFA
Sebanyak 157,000 orang polis akan dikerahkan menjaga 12 bandar yang menjadi tuan rumah pada Piala Dunia
Pihak berkuasa di Brazil mengetatkan pengawasan dalam menghadapi bantahan awam ke atas pembelanjaan yang digunakan dalam mengadakan acara kejohanan Piala Dunia FIFA yang bakal berlangsung seminggu sahaja lagi.
Melihat kepada skala demonstrasi yang berlaku pada tahun lepas, pihak berkuasa Brazil telah merancang pengawasan yang teliti dalam menangani apa-apa protes jalanan atau serangan pengganas.
Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Andrei Rodrigues, pihaknya telah mengenalpasti 15 kawasan yang terlibat sepanjang tahun lepas dan telah merangka protokol tindakan untuk setiap kes.
“Kami telah bersedia.
“Dari segi keselamatan, kita mahu pastikan semua sudah bersiap siaga” kata Rodrigues kepada AFP.
Sebanyak 157,000 orang polis akan dikerahkan menjaga 12 bandar yang menjadi tuan rumah pada Piala Dunia kali ini yang akan diadakan pada 12 Jun sehingga 13 Julai.
Selaini itu, 20,000 agen keselamatan persendirian juga akan membantu dalam menjaga keselamatan stadium.
Tambahan untuk itu, 120 orang polis dari 40 negara turut bekerjasama dengan pihak berkuasa Brazil dalam memastikan keselamatan terkawal.
Topic Berkaitan
#Andrei Rodrigues
#Piala Dunia FIFA
#setiausaha kerajaan negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan