awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM ucap tahniah kepada Team Haq, juara MPL MY

Bernama
Bernama
16/10/2022
23:15 MYT
PM ucap tahniah kepada Team Haq, juara MPL MY
Ismail Sabri mengucapkan tahniah kepada pasukan Team Haq yang menjuarai Liga Profesional Mobile Legends MY musim ke-10 semalam. Foto Facebook Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada pasukan e-sukan Team Haq yang menjuarai Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim ke-10 dengan mengalahkan juara bertahan Todak,4-2, semalam.
Perdana Menteri berkata kejayaan seperti itu adalah bukti negara mempunyai bakat muda yang perlu disokong dan digilap untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
"Team Haq akan membawa Jalur Gemilang mewakili Malaysia bersama pasukan Todak ke Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang M4 (M4) yang akan berlangsung di Jakarta, tahun depan.
"Sudah terbukti bakat-bakat anak muda e-sukan kita semakin hebat. Semoga pertandingan di peringkat dunia akan menyerlahkan lagi bakat mereka. Malaysia Boleh!," katanya menerusi hantaran di Facebook.
BACA: Team Haq lakar kejutan muncul juara baharu MPL
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Profesional Mobile Legends
#Team Haq
#ismail sabri yaakob
#e-sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan