awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden FAM: TMJ vs Annuar Musa

Israr Khalid
Israr Khalid
13/02/2017
10:56 MYT
Presiden FAM: TMJ vs Annuar Musa
Perebutan 'kerusi panas' jawatan presiden FAM bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Annuar dengan TMJ. - Gambar fail
Perebutan ‘kerusi panas’ jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa dengan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tengku Ismail Sultan Ibrahim.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin selepas tempoh penyerahan borang penerimaan pencalonan tamat pada jam 5 petang tadi di Wisma FAM, di sini.
"TMJ dan Annuar merupakan dua calon yang telah mengesahkan pencalonan sehingga tarikh tutup iaitu pada jam 5 petang ini.
“Bagaimanapun pencalonan ini akan diteliti dalam Mesyuarat Exco pada 20 Februari ini," katanya.
BACA: KJ muktamad undur diri jika TMJ sah bertanding kerusi Presiden FAM
BACA: Presiden FAM baharu mesti pakar dalam pengurusan bola sepak
Pengesahan penyertaan TMJ itu bermakna Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sah tidak bertanding sepertimana pendiriannya yang dinyatakan sebelum ini, selain bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat yang juga menarik diri daripada perebutan itu.
Sementara itu, pertandingan bagi jawatan dua timbalan presiden bakal menyaksikan pertembungan antara empat calon, manakala sembilan calon bagi empat jawatan naib presiden.
Pemilihan FAM akan diadakan pada Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac ini.
Topic Berkaitan
#FAM
#Tan Sri Annuar Musa
#Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan