awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek pembinaan Kompleks Belia dan Sukan Rembau akan diteruskan

Bernama
Bernama
20/11/2018
20:41 MYT
Projek pembinaan Kompleks Belia dan Sukan Rembau akan diteruskan
Mohamad Taufek berkata pembinaan kompleks itu adalah idea anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, bekas Menteri Belia dan Sukan. - Bernama
Projek pembinaan Kompleks Belia dan Sukan Rembau berharga RM27 juta di Chembong, yang dirancang semasa kerajaan terdahulu akan diteruskan, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan negeri Mohamad Taufek Abd Ghani.
Beliau berkata projek itu telah dijalankan hampir 30 peratus dengan kerja-kerja tanah.
Katanya kompleks di kawasan seluas 8.094 hektar itu akan dilengkapi padang sintetik, balapan, dewan yang boleh memuatkan enam gelanggang badminton, dua gelanggang futsal, dua gelanggang sepak takraw, sebuah gelanggang bola keranjang dan sebuah gelanggang bola jaring.
"Turut dibina Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau," katanya.
Mohamad Taufek berkata pembinaan kompleks itu adalah idea Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, bekas Menteri Belia dan Sukan.
Sementara itu, katanya kerajaan negeri sedang mencari calon untuk mengisi kekosongan jawatan pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN).
Katanya, ini berikutan kontrak pengarah MSN sebelum ini Fouzee Abd. Aziz berakhir pada 31 Oktober lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemudahan
#Khairy Jamaluddin
#kompleks belia dan sukan
#Mohamad Taufek Abd Ghani
#Parlimen Rembau
#Rembau
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan