awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PSM mahu teruskan rentak cemerlang skuad takraw

Bernama
Bernama
01/01/2026
03:15 MYT
PSM mahu teruskan rentak cemerlang skuad takraw
Mohd Sumali mengakui cabaran lebih besar bakal dihadapi skuad sepak takraw negara bagi tahun ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) akan terus mengukuhkan program pembangunan bakat di peringkat akar umbi sebagai antara usaha memastikan rentak kecemerlangan skuad sepak takraw negara.
Presidennya Datuk Mohd Sumali Reduan berkata selain itu, PSM juga akan melibatkan lebih ramai pemain muda dari seluruh negeri, meningkatkan tahap profesionalisme pasukan kebangsaan serta melakukan inovasi dalam sains sukan dan analisis taktikal.
"Kejayaan 2025 bukan penamat. Kita mahu memastikan bahawa kejayaan hari ini akan melahirkan juara masa depan. Sesungguhnya, mengekalkan kejuaraan lebih sukar daripada mencapai kejuaraan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada masa sama, Mohd Sumali mengakui cabaran lebih besar bakal dihadapi skuad sepak takraw negara bagi tahun ini.
Justeru, beliau meminta semua pihak yang terlibat untuk melipatgandakan usaha mereka bagi mengekalkan kecemerlangan yang diperoleh sebelum ini.
"Dengan semangat kebangsaan yang tinggi, saya yakin Malaysia mampu terus menyaingi kuasa besar serantau, memperkasakan kedudukan sepak takraw di pentas dunia serta mengangkat martabat sukan warisan ini ke tahap lebih tinggi.
"Marilah kita terus berganding bahu sebagai satu keluarga demi sukan, demi negara," katanya.
Tahun lepas skuad sepak takraw negara berjaya menampilkan aksi yang cemerlang apabila berjaya meraih beberapa kejayaan termasuk juara acara regu di Piala Asia selain menamatkan kemarau 34 tahun pingat emas dalam acara regu berpasukan di Sukan SEA Thailand.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sepak takraw
#PSM
#Mohd Sumali Reduan
#pembangunan bakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan