awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran sahkah ketua perisikan IRGC terbunuh dalam serangan AS-Israel
Konflik Asia Barat: Iran dakwa lancar serangan dron ke atas tentera AS di Pulau Bubiyan, Kuwait
Konflik Asia Barat: Ops Tiris 4.0 bongkar 155 kes ketirisan subsidi, RM2.1 juta diesel dirampas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PUFC nafi tarik diri bertanding Liga Super

Bernama
Bernama
14/03/2024
15:54 MYT
PUFC nafi tarik diri bertanding Liga Super
Rozailmee memaklumkan sekiranya PUFC menarik diri mereka akan membuat kenyataan rasmi, namun pada masa ini pihaknya masih lagi berusaha. - Gambar FB PUFC
KANGAR: Perlis United FC (PUFC) menafikan kenyataan bahawa kelab bola sepak itu menarik diri daripada bertanding dalam Liga Super musim ini kerana faktor kewangan.
Ketua Pegawai Eksekutif PUFC Rozailmee Zulkeply turut menegaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang permusuhan dengan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli.
"Kami di PUFC menafikan sebarang bentuk kenyataan sebegini. Ingin kami tegaskan bahawa kami tidak ada sebarang permusuhan bersama YAB Menteri Besar. Berita ini hanya ingin mensensasikan portal berita mereka sahaja. Jika benar, sila umumkan siapa sumber dalaman yang dimaksudkan," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook beliau hari ini.
Laporan portal berita itu antaranya mendakwa PUFC memilih untuk melakukan pusing U dan menarik diri daripada menyertai Liga Super dan mereka telah menghantar surat kepada pihak Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dengan menyatakan hasrat menarik diri daripada menjadi kelab Liga Super kerana faktor kewangan.
Sementara itu, Rozailmee dalam satu lagi hantaran dalam laman Facebook itu memaklumkan sekiranya PUFC menarik diri mereka akan membuat kenyataan rasmi, namun pada masa ini pihaknya masih lagi berusaha.
"Jika ada yang nak bantu silakan, kalau tak mohon doakan yang baik-baik," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PUFC
#kenyataan rasmi
#faktor kewangan
#Kelab Bola Sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan