awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ragbi: Bunga Raya 7s keenam, skuad wanita kelapan di Hangzhou

Bernama
Bernama
21/09/2025
15:30 MYT
Ragbi: Bunga Raya 7s keenam, skuad wanita kelapan di Hangzhou
Pada aksi penentuan tempat kelima dan keenam, skuad Bunga Raya 7s kendalian Nik Safuan Ismade Nik Man tewas 17-26 kepada UAE. - Gambar Malaysia Rugby
KUALA LUMPUR: Skuad ragbi tujuh sebelah (7s) lelaki negara menamatkan cabaran di tempat keenam pada Siri Kejohanan Ragbi Asia Tujuh Sebelah 2025 di Hangzhou, China hari ini.
Pada aksi penentuan tempat kelima dan keenam, skuad Bunga Raya 7s kendalian Nik Safuan Ismade Nik Man tewas 17-26 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Terdahulu, Malaysia mara ke penentuan kelima dan keenam selepas mencatat kemenangan tipis 14-10 ke atas Taiwan pada perlawanan klasifikasi tempat kelima hingga kelapan.
Nik Safuan ketika mengulas pencapaian itu menyifatkan prestasi keseluruhan pasukan sebagai memberangsangkan meskipun berdepan kekangan kecederaan pemain.
"Prestasi keseluruhan pasukan kali ini memberangsangkan dan kita telah berjaya dapat ranking keenam di Asia. Bagi kondisi pemain, tujuh pemain mengalami kecederaan teruk hingga kita terpaksa merehatkan mereka seketika bagi meneruskan kempen.
"Untuk perancangan saingan Siri 2 di Sri Lanka nanti, saya akan menggantikan beberapa pemain daripada senarai pendek bagi memberi pendedahan, permainan dan bagi memantapkan pasukan menjelang Sukan SEA 2025 pada Disember nanti," kata Nik Safuan menerusi klip video dikongsi kepada media hari ini.
Siri kedua Kejohanan Ragbi Asia 7s 2025 dijadual berlangsung di Colombo, Sri Lanka dari 18-19 Okt ini.
Sementara itu, skuad wanita negara mengakhiri saingan di tempat kelapan selepas tunduk 10-17 di tangan UAE pada aksi penentuan tempat ketujuh dan kelapan.
Terdahulu, pada perlawanan klasifikasi tempat kelima hingga kelapan, skuad wanita tewas 0-5 kepada Kazakhstan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan SEA
#senarai pendek
#kecederaan teruk
#klip video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan