awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ragbi: Malaysia tewas di tangan Thailand

Astro Arena
Astro Arena
20/08/2017
03:27 MYT
Ragbi: Malaysia tewas di tangan Thailand
Pemain ragbi negara, Wan Izzuddin Ismail (kiri) mempertahankan bolanya daripada dirampas pemain Singapura, Yau Yu Hong pada perlawanan Ragbi 7s Sukan SEA KL2017, 19 Ogos, 2017. --fotoBERNAMA / Fail
SKUAD ragbi tujuh sebelah (7s) negara berdepan laluan berliku untuk ke final selepas akur dengan kekalahan 12-7 kepada Thailand hari ini.
Malaysia ketinggalan seawal minit pertama menerusi try pemain no.7, Panupong Puangpun sebelum Warongkorn membuat conversion sempurna sekaligus meletakkan Thailand mendahului 7-0.
Keputusan tersebut kekal sehingga tamat babak pertama.
Bermula babak kedua, Thailand mula menjarakkan kedudukan 12-0 kali ni menerusi try P. Apichai dan conversion Warongkorn.
Ketika permainan memasuki minit ke-7, berlaku sedikit kekeliruan apabila pengadil menyedari terdapat lapan pemain Thailand berada di atas padang ketika lontaran sedang dilakukan.
Skuad bimbingan Mohd Saizul Hafifi Md Noor akhirnya berjaya melakukan try menerusi Zulkiflee Azmi sebelum Azwan Zuwairi menyempurnakan conversion lalu menamatkan perlawanan 12-7.
Malaysia bakal turun dengan misi wajib menang ke atas Vietnam jam 2 petang ini namun perlu bergantung kepada keputusan pertembungan membabitkan Singapura dan Filipina selepas ini.
Topic Berkaitan
#KL2017
#Malaysia
#Mohd Saizul Hafifi Md Noor
#Ragbi
#Thailand
#tujuh sebelah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan