awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rangnick gesa EPL perkenal semula lima pertukaran pemain

Astro Arena
Astro Arena
24/12/2021
04:23 MYT
Rangnick gesa EPL perkenal semula lima pertukaran pemain
RANGNICK: Setahu saya di Eropah, hanya England satu-satunya negara yang menerapkan tiga pertukaran. - Foto Astro ARENA
PENGURUS sementara Manchester United, Ralf Rangnick, menggesa penganjur Liga Perdana Inggeris (EPL) agar memperkenalkan semula konsep lima pertukaran pemain sambil mencadangkan Piala Liga Inggeris (EFL) harus dimansuhkan untuk menangani jadual padat.
The Red Devils berdepan masalah perlawanan tertunggak EPL berikutan penundaan aksi berdepan Brentford dan Brighton & Hove Albion berikutan penularan COVID-19 di dalam kem mereka.
United kini mempunyai hampir skuad penuh untuk dipilih menjelang aksi liga menentang Newcastle United, Selasa depan, kecuali pemain tengah yang tercedera, Paul Pogba.
Tetapi selepas ketua pasukan Liverpool, Jordan Henderson, menuduh penganjur gagal mengambil serius soal kebajikan pemain selain Jurgen Klopp mempersoalkan perubahan drastik sebelum pembatalan perlawanan di antara The Reds dengan Leeds United ketika 'Boxing Day', Rangnick percaya terdapat beberapa penyelesaian yang boleh diketengahkan.
"Konsep lima pemain telah diperkenalkan ketika COVID-19 melanda dan saya fikir ia adalah satu keputusan yang tepat untuk melakukannya bagi menjimatkan tenaga pemain, terutama jika mereka baru pulih daripada pandemik," kata Rangnick dalam sidang akhbar pra-perlawanan malam tadi.
Christmas traditions with United #MUFC | #UnitedOnTikTok pic.twitter.com/tcTKT1gXYr
— Manchester United (@ManUtd) December 23, 2021
"Perkara yang sama masih berlaku ketika ini -- kami masih berada dalam situasi yang sama seperti yang dialami satu setengah tahun yang lalu, oleh itu saya tidak nampak mengapa ia tidak sepatutnya diteruskan. Setahu saya di Eropah, hanya England satu-satunya negara yang menerapkan tiga pertukaran.
"Kami masih dibenarkan menyenaraikan lapan pemain di bangku simpanan jadi kami sepatutnya boleh menggantikan lima pemain atau akan sentiasa mempunyai situasi lima pemain memanaskan bangku simpanan tetapi tidak boleh dimasukkan."
EPL memperkenalkan peraturan lima pemain gantian ketika kempen bersambung pada Jun 2020, tetapi persaingan musim 2021/22 kembali kepada tiga pertukaran pemain.
"Saya fikir ia akan sangat membantu apabila lima pemain pertukaran boleh dibuat," tambahnya.
"Saya lebih menjurus kepada lima pertukaran pemain. Saya fikir kami perlu kembali memikirkannya dengan serius. Kebanyakan pemain juga akan menyokongnya."
Topic Berkaitan
#Liga Perdana Inggeris
#Ralf Rangnick
#konsep lima pertukaran pemain
#mansuh EFL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan