awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ronaldo alami kekalahan pertama, Al Ittihad pintas Al Nassr ke puncak liga

Astro Arena
Astro Arena
10/03/2023
00:30 MYT
Ronaldo alami kekalahan pertama, Al Ittihad pintas Al Nassr ke puncak liga
Al Nassr belum pernah tewas dalam lima perlawanan liga sejak penampilan sulung Ronaldo pada 3 Februari. - Foto Twitter/AlNassr FC
CRISTIANO Ronaldo mengalami kekalahan pertama dalam saingan Saudi Pro League semalam selepas Al Ittihad memperoleh kemenangan 1-0 untuk mengambil alih Al Nassr di puncak liga.
Al Nassr belum pernah tewas dalam lima perlawanan liga sejak penampilan sulung Ronaldo pada 3 Februari, seri dalam aksi pertama sebelum merekodkan empat kemenangan berturut-turut.
Namun rentetan kemenangan itu berakhir apabila tewas kepada pencabar terdekat di King Abdullah Sports City, Jeddah.
Romarinho memperoleh jaringan tunggal pada minit ke-80, menyempurnakan gerakan serangan balas pasukan.
Penyerang itu melengkapkan hantaran Ahmed Sharahili dari sayap kanan, mengawal bola terlebih dahulu sebelum menyumbat masuk gol ke dalam gawang.
Jurulatih Al Nassr, Rudi Garcia bagaimanapun cuba memberi tumpuan kepada perkara positif.
“Kami kecewa kerana kami tidak layak kalah,” katanya
"Al Ittihad menjaringkan gol seperti yang mereka suka, melalui serangan balas. Liga masih panjang. Kami kini ketinggalan satu mata di belakang Al Ittihad.
"Saya gembira dengan pasukan saya. Kami bermain di stadium sukar di hadapan penyokong tuan rumah, namun kami bermain dengan perwatakan yang hebat." - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Saudi Pro League
#Al Ittihad
#Al Nassr
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan