awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ronaldo dinobat pemain terbaik abad ini

Astro Arena
Astro Arena
28/12/2020
00:22 MYT
Ronaldo dinobat pemain terbaik abad ini
Cristiano Ronaldo bergambar bersama trofi yang diterimanya sebagai pemain terbaik abad ini pada majlis Anugerah Soccer Awards di Dubai, UAE, 27 Dis, 2020. (Foto AP)
CRISTIANO Ronaldo dan Pep Guardiola diberikan penghargaan di Anugerah Globe Soccer di Dubai, masing-masing dinobat sebagai pemain dan jurulatih abad ini.
Penyerang Juventus, Ronaldo, sendiri menerima anugerah tersebut dalam majlis yang diadakan di Hotel Armani semalam.
Pemain berusia 35 tahun itu, yang telah memenangi gelaran liga domestik di Sepanyol, England dan Itali dan Euro 2016 bersama Portugal, mengakui kebanggaannya kerana menerima penghargaan itu, yang diberikan kepada pemain yang dinilai terbaik antara tahun 2001 dan 2020.
"Saya sangat gembira meraih gelaran," kata Ronaldo.
"Tidak mudah untuk berada di tahap terbaik dalam bola sepak selama bertahun-tahun. Saya benar-benar berbangga, tetapi tanpa pasukan, jurulatih dan kelab yang hebat tidak mungkin gelaran ini menjadi milik saya."
Guardiola diberi penghormatan untuk karier dalam bidang kejurulatihan yang menyaksikannya memenangi kejuaraan liga di Sepanyol, Jerman dan England, serta Liga Juara-Juara (UCL) dua kali.
Cristiano Ronaldo presented with the PLAYER OF THE CENTURY 2001-2020 Globe Soccer Award, by HH Sheikh Mansoor Bin Mohammed Bin Rashid Al Maktoum Chairman of Dubai Sports Council, at tonights gala pic.twitter.com/DK3B3My5t6
— Globe Soccer Awards (@Globe_Soccer) December 27, 2020
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Pep Guardiola
#penghargaan
#Globe Soccer
#Dubai
#anugerah
#pemain bola sepak
#jurulatih
#liga domestik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan