awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Safawi Rasid tidak diturunkan malam ini

Astro Awani
Astro Awani
07/03/2020
13:00 MYT
Safawi Rasid tidak diturunkan malam ini
Nama Safawi tidak disenaraikan dalam perlawanan menentang pasukan UiTM FC di Stadium Sultan Ibrahim. - Gambar Instagram SAFAWI RASID
PENYERANG sensasi JDT, Safawi Rasid tidak diturunkan untuk perlawanan malam ini dalam CIMB Liga Super Malaysia 2020.
Nama Safawi tidak disenaraikan dalam perlawanan menentang pasukan UiTM FC di Stadium Sultan Ibrahim.
Senarai nama pemain JDT bagi perlawanan malam ini dimuat naik di halaman Facebook Johor Southern Tigers.
Safawi baru-baru ini menjadi tumpuan apabila prestasinya dikatakan menurun kerana menerima tekanan daripada kekasihnya yang juga seorang pelakon, Syifa Melvin.
Pemain Paling Bernilai Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2019 itu dikatakan tidak konsisten pada musim lalu apabila bergelut dan gagal memberikan impak seperti yang diharapkan kepada pasukannya.
Ekoran itu, pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengkritik prestasi Safawi serta menitipkan nasihat buat pemain berusia 23 tahun itu.
Sementara itu, pada Khamis, Tunku Ismail yang mesra disapa TMJ meluahkan sokongan terhadap bintang muda itu yang dianggap sebagai top player yang profesional.
"Beliau seorang pemain yang sangat berbakat serta mempunyai masa hadapan yang cerah dan saya yakin beliau akan membuat keputusan-keputusan yang akan membantunya berjaya.
"Sepertimana dengan setiap individu yang merupakan sebahagian daripada keluarga JDT, saya akan sentiasa bersama Safawi.
"Dan kelab ini akan melakukan yang terbaik untuk memastikan hanya yang terbaik untuk kerjaya Safawi," tulis Tunku Ismail. BACA: Di sebalik kontroversi, TMJ tetap percaya kemampuan Safawi Rasid
Topic Berkaitan
#CIMB Liga Super Malaysia 2020
#JDT
#Johor Southern Tigers
#penyerang
#Safawi Rasid
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan