awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SAGA: Kinabatangan menang 'ibu segala pingat'

Astro Arena
Astro Arena
15/12/2017
14:48 MYT
SAGA: Kinabatangan menang 'ibu segala pingat'
Kejayaan merangkul pingat emas itu adalah yang pertama buat Kinabatangan sejak SAGA dianjurkan. - Astro Arena
KINABATANGAN muncul juara acara bola sepak sekali gus memenangi ibu segala pingat Sukan Sabah (SAGA) 2017 selepas menewaskan Kota Kinabalu 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi final, petang tadi.
Perlawanan itu menyaksikan Kinabatangan mendahului Kota Kinabalu menerusi jaringan Mohd Arizman Jainul pada minit ke-35.
Ketika kejuaraan seakan-akan lebih awal menjadi milik Kinabatangan, pemain Kota Kinabalu, Ramli Jamrih, berjaya menyamakan kedudukan pada masa kecederaan dan perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan.
Masa tambahan pula menyaksikan kedua-dua pasukan gagal menghasilkan sebarang gol sehingga penentuan juara terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti yang kemudiannya dimenangi Kinabatangan.
Kejayaan merangkul pingat emas itu adalah yang pertama buat Kinabatangan sejak SAGA dianjurkan.
Terdahulu, pingat gangsa dimenangi Nabawan yang menewaskan Tuaran 2-0 pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.
Lain-lain keputusan hari ini (pemenang pingat emas)
Bola keranjang Lelaki: Tawau
Bola tampar Lelaki: Semporna Wanita: Kota Belud
Berbasikal Ujian masa berpasukan wanita: Keningau Ujian masa berpasukan lelaki: Papar
Tinju 49kg: Mohd Alif Fauzee Labon (Keningau) 52kg: William Peter (Keningau) 56kg: Shahril Baharim (Sandakan) 60kg: Akmal Aizat Ikbal (Papar) 64kg: Johari Daniel Gary (Kota Kinabalu) 69kg: Mohd Jasrin Chong (Sandakan)
Badminton Beregu lelaki: Tawau beregu wanita: Kota Kinabalu Beregu campuran: Tawau
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Kinabatangan
#Kota Kinabalu
#Mohd Arizman Jainul
#Ramli Jamrih
#SAGA 2017
#Sukan Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan