awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salzburg nafi Freund bakal pindah ke Chelsea

Sinar Harian
Sinar Harian
20/09/2022
04:10 MYT
Salzburg nafi Freund bakal pindah ke Chelsea
Christoph Freund. - Foto Sinar Harian
KELAB liga Austria, RB Salzburg menolak khabar angin bahawa pengarah sukannya, Christoph Freund akan menyertai Chelsea dalam masa terdekat.
Ketua Pegawai Eksekutif Salzburg, Stephan Reiter berkata, beliau langsung tidak tahu atau mendengar apa-apa berkenaan perkara tersebut sebaliknya memberi keyakinan bahawa Freund akan kekal bersama kelabnya.
"Apa yang saya boleh kongsikan, sama ada Chelsea mahupun Freund, tidak bercakap dengan saya atau pengurusan kelab tentang perkara seperti itu.
“Malah Freund baru-baru ini menandatangani kontrak dengan kami sehingga 2026, yang terpakai kepadanya serta pemain, pengurus atau jurulatih,” katanya.
Sebelum ini, Freund dikatakan bakal mengisi jawatan pengarah sukan Chelsea di bawah pemilik baharu Todd Boehly susulan perletakan jawatan Marina Granovskaia.
Selain Freund, Chelsea dilaporkan turut berminat untuk mendapatkan pengarah sukan AS Monaco, Paul Mitchell dan Andrea Berta dari Atletico Madrid.
Dalam pada itu, jurulatih Salzburg, Matthias Jaissle mengakui tidak terkejut sekiranya Freund berpindah ke Chelsea yang disifatkannya sebagai pasukan bertaraf dunia.
“Sudah tentu, saya perasan bahawa terdapat khabar angin berkenaan perkara itu tetapi itu tidak menjejaskan saya sama sekali
“Dia melakukan kerja yang cemerlang bersama-sama dengan Reiter. Mereka melakukannya dengan hebat.
“Jadi adalah logik bahawa pasukan bertaraf dunia berminat untuk mendapatkan khidmatnya. Bagaimanapun, saya tidak boleh mengatakan perkara yang sebenarnya,” ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#RB Salzburg
#Christoph Freund
#Chelsea
#pengarah sukan Chelsea
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan