awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia

Astro Arena
Astro Arena
30/11/2024
07:35 MYT
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia tewas 14-21, 15-21 kepada jaguh Thailand berkenaan tetapi dia kemudian menebusnya dengan memenangi pingat gangsa dengan menewaskan wakil India, Laksya Sen. - Stadium Astro
PERSEORANGAN lelaki negara, Lee Zii Jia, mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 pada Ogos lalu.
Zii Jia tewas mudah 14-21, 15-21 kepada jaguh Thailand berkenaan tetapi dia kemudian menebusnya dengan memenangi pingat gangsa dengan menewaskan wakil India, Laksya Sen, sehari kemudian.
Bercakap kepada Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF), pemain berusia 26 tahun itu mengimbau kembali apa yang dilaluinya sepanjang temasya itu.
"Selepas tewas kepada Kunlavut, saya amat tertekan. Saya tidak boleh makan dan turun 1 hingga 2 kg. Saya timbang berat badan saya sehari selepas itu. Saya juga tidak boleh bersarapan.
"Saya terpaksa makan Panadol sebelum perlawanan (bertemu Lakhsya Sen) kerana saya rasa sudah tidak sihat tetapi saya mengatasi masalah itu dan memenangi pingat gangsa," katanya.
Let's take a trip down memory lane with Lee Zii Jia at #Paris2024. #Olympics #badminton pic.twitter.com/DHzY9k6Sje
— BWF (@bwfmedia) November 29, 2024
Lee Zii Jia akan beraksi dalam Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China pertengahan bulan depan. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#Sukan Olimpik Paris 2024
#hilang berat badan
#badminton
#Kunlavut Vitidsarn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan