awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya sanggup beraksi sebagai penjaga gol untuk Man United - Sofyan Amrabat

Astro Arena
Astro Arena
27/09/2023
03:40 MYT
Saya sanggup beraksi sebagai penjaga gol untuk Man United - Sofyan Amrabat
Aksi Sofyan Amrabat membawa bola ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris pusingan ketiga antara Manchester United dan Crystal Palace di Stadium Old Trafford, Manchester, England, 26 Sept 2023. (Foto AP)
PEMAIN tengah Manchester United, Sofyan Amrabat, berkata dia sanggup bermain sebagai penjaga gol untuk kelab, selepas penampilan pertamanya sebagai bek kiri.
Turun sebagai bek kiri, pemain antarabangsa Maghribi itu kembali ke posisi utama di bahagian tengah apabila Victor Lindelof diperkenalkan pada separuh masa kedua, namun membuktikan kemampuannya beraksi di mana-mana posisi, yang cukup mengagumkan penonton yang hadir ke Old Trafford.
"Saya memberitahu pengurus saya akan bermain di mana (dia) memerlukan saya dan di mana pasukan memerlukan saya, walaupun sebagai penjaga gol!" kata pemain yang menyarung jersi nombor 4 itu menerusi Sky Sports.
“Saya bermain di mana saya boleh membantu pasukan, hari ini ia adalah bek kiri.
"Saya mempunyai sedikit peranan bebas, saya fikir anda melihat saya bermain sedikit di bahagian tengah, jadi ia bagus, ia bagus."
Dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Old Trafford awal pagi tadi, Manchester United menewaskan Crystal Palace 3-0 untuk mara ke pusingan keempat.
Sofyan menyifatkan kemenangan mereka sebagai permulaan yang ideal untuk sinar kegemilangan di bawah Old Trafford.
"Saya fikir ia adalah perlawanan yang cukup sempurna," katanya.
“Kami bermain dengan sangat baik dan, yang paling penting, kami menang 3-0. Saya bermain satu jam, jadi saya rasa ia adalah sempurna.”
Topic Berkaitan
#Sofyan Amrabat
#Manchester United
#EPL
#penampilan pertama sebagai bek kiri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan