awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu SPHM: Tiada keperluan tarik lesen perniagaan dua syarikat di Melaka
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran laluan perkapalan terancam jika serangan dipertingkat
PSV Eindhoven tawan Liga Belanda buat kali ketiga berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Scolari sedar dengan kehebatan Chile

Astro Arena
Astro Arena
28/06/2014
13:58 MYT
Scolari sedar dengan kehebatan Chile
Scolari mengaku pasukan beliau sedikit risau menjelang perlawanan pusingan 16-terakhir menentang Chile
Luiz Felipe Scolari mendakwa Brazil agak resah menjelang pertemuan Piala Dunia mereka menentang Chile.
Negara tuan rumah tersebut merupakan antara pasukan pilihan untuk gelaran juara di Brazil, namun mereka masih belum mempamerkan aksi terbaik dalam saingan setakat ini.
Dan jurulatih Scolari mengaku pasukan beliau sedikit risau menjelang perlawanan pusingan 16-terakhir menentang seteru Amerika Selatan, Chile di Estadio Mineirao.
"Ia biasa untuk kami berasa sedikit risau, memandangkan ini merupakan peringkat kalah mati dan kami tidak boleh ditewaskan", jelas beliau.
"Ini bukan hanya kerana kami sedang beraksi di Brazil tetapi kerana ia merupakan saingan Piala Dunia. Anda hanya boleh mara ke peringkat final jika terus meraih kemenangan.
Meskipun pernah menjulang gelaran juara Piala Dunia bersama Brazil pada 2002, Scolari mengaku kali ini tekanannya berbeza kerana mereka sedang beraksi di tempat sendiri.
"Kadang kala saya rasa agak risau mengenai peluang kami pada tahun ini apabila saya tidak bersama skuad saya. Tetapi semasa saya bersama mereka, saya rasa amat yakin", kata beliau.
Chile dikalahkan oleh Brazil sebanyak tiga kali dalam saingan Piala Dunia sebelum ini dan gagal meraih kemenangan ke atas mereka sejak perlawanan kelayakan Piala Dunia pada 2000. -- Astro Arena
Topic Berkaitan
#Brasil
#Brazil
#Chile
#FIFA
#Luiz Felipe Scolari
#Ola Bola
#Piala Dunia 2014
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan