awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sejarah tercipta! Dua beregu lelaki negara ungguli ranking dunia

Astro Arena
Astro Arena
10/06/2025
10:35 MYT
Sejarah tercipta! Dua beregu lelaki negara ungguli ranking dunia
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin (kiri) mengekalkan ranking nombor satu dunia dengan 91,090 mata. - Stadium Astro
SEJARAH tercipta buat badminton Malaysia hari ini apabila dua beregu lelaki negara mengungguli kedudukan dua teratas ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Ringkasan AI
  • Malaysia mencipta sejarah dalam badminton apabila dua beregu lelaki negara menduduki dua kedudukan teratas ranking dunia BWF, dengan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin kekal nombor satu dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik naik ke tangga kedua.
  • Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah, kini berada di kedudukan ketiga dunia, satu pencapaian gemilang selepas 16 tahun sejak kali terakhir beregu Malaysia mencapai tahap ini.
  • Kejayaan ini menandakan era kegemilangan badminton Malaysia, membuktikan kehebatan atlet negara dalam persaingan global.

Dalam kemas kini terbaru yang dikeluarkan badan dunia itu hari ini, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin mengekalkan ranking nombor satu dunia dengan 91,090 mata.
Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula naik satu anak tangga ke kedudukan kedua dunia dengan 89,870 mata untuk memintas gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Dalam pada itu, beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah, kini menduduki tangga ketiga dunia.
Kejayaan itu terhasil selepas 16 tahun beregu negara tidak berada di kedudukan itu sejak kali terakhir dilakukan Chin Ee Hui-Won Pei Tty pada 2009. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#ranking dunia BWF
#goh sze fei-nur izzuddin
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
#Pearly Tan-M Thinaah
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan