awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor, KL City pesta jaringan

Astro Arena
Astro Arena
30/10/2021
20:58 MYT
Selangor, KL City pesta jaringan
Selangor FC kembali menemui rentak kemenangan apabila berjaya mengatasi Kuching City 5-1 dalam saingan Piala Malaysia di Stadium MBPJ, malam tadi. -Astro Arena
SELANGOR FC kembali menemui rentak kemenangan apabila berjaya mengatasi Kuching City 5-1 dalam saingan Piala Malaysia di Stadium MBPJ, malam tadi.
Skuad kendalian Karsten Neitzeil itu memasuki perlawanan selepas tewas kepada Terengganu 2-1 dalam aksi terdahulu, meletakkan sasaran untuk memperkukuhkan semula kedudukan mereka dalam Kumpulan B bagi memastikan mereka layak ke peringkat seterusnya.
Selangor membuka jaringan menerusi Hein Htet Aung seawal minit pertama permainan, percubaan Danial Asri terkena palang namun berjaya ditampan masuk Htet Aung.
Kuching City menyamakan kedudukan pada minit ke-11 apabila Michael Ijezie menyempurnakan susulan bola terkena pemain Selangor, Shivan Pillay.
Kedudukan 1-1 kekal hampir 60 minit waktu permainan sebelum Danial meletakkan Selangor di hadapan apabila menampan masuk bola selepas percubaan Jordan Ayimbila ditepis penjaga gol.
Selangor terus mengukuhkan kedudukan apabila dua jaringan berjaya terhasil menerusi Safuwan Baharuddin dan Danial.
Ketika perlawanan sudah menjadi milik Selangor, Shahrel Fikir melengkapkan kemenangan yang cukup bergaya sekali gus menghidupkan peluang mereka untuk memburu slot ke suku akhir.
Sumber Facebook selangorfc
Dalam perlawanan yang berlangsung di Cheras, KL City turut merekodkan kemenangan bergaya apabila mengatasi Sarawak United dalam saingan Kumpulan A.
Dua jaringan pantas Romel Morales pada minit kesembilan dan ke-12 tenang mengawal rentak perlawanan sebelum dua jaringan yang disempurnakan J. Partiban dan Ryan Lambert membenarkan skuad The City Boys ke puncak Kumpulan A.
Keputusan lain: PERAK 1 TERENGGANU 4 SRI PAHANG 4 PULAU PINANG 0
Topic Berkaitan
#KL City
#Selangor FC
#Kuching City
#Piala Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan