awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seo Seonung patah hidung, Yusri Che Lah kesal kurang semangat kesukanan

Astro Arena
Astro Arena
05/08/2023
02:40 MYT
Seo Seonung patah hidung, Yusri Che Lah kesal kurang semangat kesukanan
Susulan kejadian Seonung dikasari ketika aksi pembukaan Piala Malaysia di Stadium Perak pada Khamis, Rodney memohon maaf kepada Seonung serta seluruh penyokong atas apa yang berlaku. - Foto Astro ARENA
PERAK FC terpaksa membayar dengan harga yang cukup mahal ketika mengejutkan Kedah Darul Aman 3-1 dalam pertemuan pertama di Ipoh, pada Khamis malam, selepas ketua jurulatih, Yusri Che Lah, memaklumkan Seo Seonung sah mengalami patah hidung.
Penyerang import dari Korea Selatan itu dikasari yang menyaksikan pertahanan pelawat, Rodney Kelvin, dibuang padang pada minit ke-61.
Jelas Yusri, Sang Seladang berkemungkinan besar terpaksa melupakan khidmat penyerang itu sepanjang bulan ini.
Ketika mengulas mengenai kemenangan ke atas Sang Kenari, Yusri memberi pujian sepenuhnya kepada barisan pemainnya yang bangkit meskipun ketinggalan seawal minit pertama perlawanan apabila dihukum Manuel Ott.
"Saya akan kehilangan Seo Seonung buat kali kedua (musim ini).
"Dia sah mengalami patah hidung dan dihantar ke Hospital Pantai untuk mendapatkan rawatan.
"Saya sedih kerana itu kerana ia tidak sepatutnya berlaku. Semangat kesukanan sepatutnya ada di dalam diri mana-mana pemain dan sebagai manusia.
"Perkara ini tidak seharusnya berlaku.
"Seonung mungkin tidak dapat diturunkan hingga hujung bulan ini tetapi saya harap dia lebih yakin untuk beraksi jika perlu memakai pelindung muka," kata Yusri dalam sidang media pada Khamis.
Sementara itu, Rodney memohon maaf kepada Seonung serta seluruh penyokong atas insiden yang berlaku.
Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan di media sosial Kedah Darul Aman, Rodney mengakui kesilapannya sambil menjelaskan tiada niat untuk mencederakan mana-mana pemain.
Topic Berkaitan
#Perak FC
#Seo Seonung patah hidung
#Yusri Che Lah
#Rodney Kelvin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan