awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Separuh akhir Piala AFF di Stadium Shah Alam - Khairy

Bernama
Bernama
02/12/2014
14:00 MYT
Separuh akhir Piala AFF di Stadium Shah Alam - Khairy
Oleh kerana padang Stadium Nasional Bukit Jalil masih belum sempurna untuk digunakan, perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki antara Harimau Malaya dan Vietnam Ahad ini akan berlangsung di Stadium Shah Alam.
Perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki antara Harimau Malaya dan Vietnam akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Ahad ini berikutan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang masih belum sempurna untuk digunakan.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata walaupun padang Stadium Nasional sudah dibaik pulih selepas perlawanan final Piala Malaysia antara Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) bulan lepas, padangnya masih belum boleh digunakan.
"Saya sudah pergi tengok padang itu beberapa hari lepas, keadaan sudah bertambah baik...cuma ada beberapa perkara saya tidak puas hati terutamanya keadaan rumput di bahagian penjuru padang.
"Jadi saya dan Datuk Hamidin Mohd Amin (Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia) bersetuju untuk gantikan Stadium Shah Alam sebagai venue baharu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Kemahiran Keusahawanan Wanita Gerakan Tindakan Afirmatif Baharu (NAAM) di sini hari ini.
Program yang bertujuan menggalakkan pertambahan pendapatan kepada wanita itu telah disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
"Proses pembaikpulihan rumput di padang berkenaan memerlukan masa yang lebih lama untuk berada pada tahap kualiti yang sepatutnya. Padang itu akan terus dibaiki sehingga ia betul-betul sesuai digunakan semula," katanya.
Khairy juga berkata tidak berlaku sebarang pertambahan dana untuk membaiki padang berkenaan selepas proses baik pulih keseluruhan stadium berkenaan yang telah dimulakan sejak Oktober tahun lepas dengan anggaran kos RM1.5 juta.
Malaysia berjaya melangkah ke saingan separuh akhir Piala AFF Suzuki selepas mempamerkan prestasi cemerlang ketika membenam juara bertahan, Singapura 3-1 di Stadium Nasional Kallang, Singapura, Sabtu lepas.
Topic Berkaitan
#AFF SUZUKI
#harimau Malaya
#Khairy Jamaluddin
#stadium shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan