awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serie A: Juventus dihukum akibat 'dera' Romelu Lukaku

Astro Arena
Astro Arena
07/04/2023
03:45 MYT
Serie A: Juventus dihukum akibat 'dera' Romelu Lukaku
Lukaku menjadi sasaran ejekan penyokong lawan sebelum dan selepas menyumbat sepakan penalti pada minit kelima masa tambahan, kelmarin. - Fail/AP
JUVENTUS diarah menutup sebahagian daripada tempat duduk penyokong selepas mereka dijatuhi hukuman itu gara-gara tindakan penyokong mereka menghina penyerang Inter, Romelu Lukaku.
Lukaku menjadi sasaran ejekan penyokong lawan sebelum dan selepas menyumbat sepakan penalti pada minit kelima masa tambahan untuk membolehkan Inter seri 1-1 dalam pertembungan separuh akhir pertama Coppa Italia itu, kelmarin.
Ketika meraikan jaringan itu, pemain antarabangsa Belgium tersebut mengutip kad kuning kedua kerana meletakkan jari di bibirnya sebagai isyarat menutup mulut penyokong Stadium Allianz.
Serie A pada awal pagi tadi mengumumkan bahawa Juve harus menutup sebahagian tempat duduk di bahagian selatan untuk perlawanan Serie A bertemu Napoli di tempat sendiri, dua minggu lagi.
Hakim yang mengendalikan kes itu menyatakan bahawa "majoriti daripada 5,034" penonton bersalah kerana mendera Lukaku secara ejekan berbaur perkauman.
Lukaku masih akan menjalani penggantungan satu perlawanan dalam aksi timbal balik dengan Juve itu pada 26 April depan kerana dibuang padang hingga mengundang protes panjang.
Penjaga gol Inter, Samir Handanovic, dan pemain tengah Juve, Juan Cuadrado, kedua-duanya turut diarahkan keluar padang kerana terlibat dalam pertelingkahan itu dan masing-masing akan menjalani penggantungan satu dan tiga perlawanan. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Juventus
#Romelu Lukaku
#inter milan
#ejekan penyokong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan