awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sivasangari mara ke pusingan ketiga Terbuka British 2025

Bernama
Bernama
02/06/2025
21:50 MYT
Sivasangari mara ke pusingan ketiga Terbuka British 2025
Menanti Sivasangari di pusingan ketiga, pemain pilihan ketujuh kejohanan dari Jepun Satomi Watanabe. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari melangkah ke pusingan ketiga kejohanan Terbuka British 2025 di Birmingham semalam.
Dalam aksi pusingan kedua di Birmingham Repertory Theatre, pemain ranking kelapan dunia itu memerlukan 45 minit untuk mencatat kemenangan 12-10, 9-11, 11-8, 11-7 ke atas wakil India Ahanat Singh.
Menanti Sivasangari di pusingan ketiga, pemain pilihan ketujuh kejohanan dari Jepun Satomi Watanabe yang turut mara selepas menewaskan pemain Perancis Melissa Alves 11-8, 11-5, 11-1.
Terdahulu, Sivasangari bergelar satu-satunya wakil wanita Malaysia yang masih meneruskan cabaran dalam kejohanan tersebut selepas Aira Azman, Noor Ainaa Amani Ampandi tersingkir awal.
Jaguh skuasy lelaki negara Ng Eain Yow juga kalah kepada lawan bukan pilihan pada pusingan kedua awal pagi Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sivasangari
#terbuka british
#Ahanat Singh
#Satomi Watanabe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami