awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad hoki lima sebelah bakal terima peruntukan - Hannah

Bernama
Bernama
31/01/2024
16:25 MYT
Skuad hoki lima sebelah bakal terima peruntukan - Hannah
Hannah berkata 20 pemain pelapis kebangsaan menerima RM1,315,783 manakala 36 pemain yang beraksi bagi pasukan hoki dewan pula menikmati peruntukan sebanyak RM1,105,749. - Gambar FB Hannah Yeoh
KUALA LUMPUR: Khabar gembira menanti skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki dan wanita negara apabila Kementerian Belia dan Sukan bakal menyediakan peruntukan kepada mereka tidak lama lagi.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dalam hantaran di laman Facebook malam ini berkata buat masa ini, peruntukan kepada kedua-dua pasukan tidak dapat diberikan kerana Kejohanan Hoki 5s Piala Dunia 2024 yang disertai mereka di Muscat, Oman adalah pertandingan baharu.
Beliau berkata pada 2023, kerajaan telah memperuntuk RM5.63 juta bagi kegunaan pasukan hoki negara termasuk 20 pemain lelaki kebangsaan berjumlah RM2,084,618 manakala RM1,129,990 pula diberikan kepada 20 pemain skuad wanita kebangsaan.
Hannah berkata 20 pemain pelapis kebangsaan menerima RM1,315,783 manakala 36 pemain yang beraksi bagi pasukan hoki dewan pula menikmati peruntukan sebanyak RM1,105,749.
Skuad hoki 5s lelaki hanya selangkah daripada melakar sejarah membanggakan di Muscat apabila layak ke pentas final edisi sulung kejohanan itu menentang Belanda pada tengah malam ini.
Skuad bimbingan Wallace Tan itu layak ke perlawanan akhir selepas menumpaskan Poland 4-3 manakala Belanda menewaskan tuan rumah Oman 5-3 dalam satu lagi saingan peringkat sama.
Saingan wanita pula menyaksikan pasukan negara sekadar di tempat keenam apabila tewas 4-8 kepada Uruguay dalam aksi penentuan kedudukan kelima dan keenam, Sabtu lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#pertandingan baharu
#pasukan hoki negara
#pemain pelapis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan